Rahasia PEMPUAN Yang LELAKI Patut Tahu

Oleh : www.lelaki.com.my

1.   Bila   seorang   wanita   mengatakan   dia   sedang   bersedih,   tetapi   dia   tidak
menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik
kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur
dengan ucapan maaf.
3.  Wanita sukar  nak cari  benda yang dia benci   tentang orang yang paling dia
sayang

4.  Sekiranya   sorang  wanita   jatuh   cinta   dengan   sorang   lelaki,   lelaki   itu   akan
sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5.  Bila  lelaki  yang dia suka dan cinta merenung  tajam ke dalam matanya,  dia
akan cair seperti coklat!!
6.  Wanita  memang   sukakan   pujian  tetapi   selalu   tidak   tau macam mana  nak
menerima pujian.
7.  Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak
cintanya dengan  lembut,   jangan berkasar  sebab ada satu semangat dalam diri
wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan
apa saja.
8.  Sekiranya   sorang   gadis  mula  menjauhkan   diri   darimu   selepas   kamu   tolak
cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap
dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9.  Wanita   suka  meluahkan   apa   yang  mereka   rasa.  Muzik,   puisi,   lukisan   dan
tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12.  Bila  pertama   kali   lelaki   yang dicintainya  dalam diam memberikan  respon
positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak
acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan
menjerit  kesukaan dan  tak sampai  sepuluh minit,  semua  rakan-rakannya akan
tahu berita tersebut.
13.  Sekuntum senyuman memberi  seribu erti  bagi wanita. Jadi  jangan senyum
sebarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan.
Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,
tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16.   Tetapi   jika  dalam masa  yang  sama   dia menghubungimu   atau menunggu
panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!
18.  Selepas sorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah
aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati
sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita
ialah   siapa   yang   berdiri   di   sebelah   buah   hatinya,   kemudian   barulah   dirinya
sendiri.
21.   Bekas   teman   lelaki   akan   sentiasa   ada   di   fikirannya   tetapi   lelaki   yang
dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24.  Wanita paling benci   lelaki  yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata
nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25.   Cinta   bermaksud   kesetiaan,   ambil   berat,   jujur   dan   kebahagiaan   tanpa
sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28.  Wanita   suka   jika   sesekali   orang   yang   disayanginya  mengadakan   surprise
buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa
terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan  ini dia takakan ragu-ragu terhadapmu.
29.  Wanita mudah  jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan
baik terhadapnya. So, kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...
30.   Sebenarnya  mudah  mengambil   hati   wanita   kerana   apa   yang   dia  mahu
hanyalah perasaan dicintai  dan disayangi   sepenuh  jiwa.  percayalah..tiap  lelaki
perlukan wanita.

0 komentar " Rahasia PEMPUAN Yang LELAKI Patut Tahu ", Baca atau Masukkan Komentar

Posting Komentar

Google+

Followers